Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 4 ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 29 Januari 2016.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh negara.
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
BIL
|
A1M
|
NAMA SEKOLAH
|
ALIRAN
|
JANTINA
|
1
|
A1M KUALA LUMPUR
|
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
|
Aliran Sains (Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
|
SMK (L) METHODIST, KUALA LUMPUR
| ||||
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
| ||||
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
|
Sains & Kemanusiaan*
| |||
2
|
A1M JOHOR
|
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU
|
Sains Tulen & Kemanusiaan**
|
PEREMPUAN SAHAJA
|
3
|
A1M SABAH
|
SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU
|
Sains & Kemanusiaan***
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
4
|
A1M SARAWAK
|
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI
|
Sains Tulen
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 14 Februari 2016.
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Januari 2015.
Sila muat turun borang berikut :-
Sumber : Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
No comments:
Post a Comment